Friday 29 November 2013

Recipe 25 : Kuih Keria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersua kita kembali hari ini.
Hari jumaat yang penuh dengan berkat. InshaAllah. Sekarang ni kan musim hujan dan antara waktu mustajab berdoa adalah ketika hari hujan. Jadi jom perbanyakkan berdoa :D

Kuih ini dah lama saya buat tapi tak update resipi dekat blog sebab sibuk dengan SPM dan masa tu kaki belum sembuh sepenuhnya tapi tetap juga nak buat kuih, kek and etc. Haha. 

Resipi ni saya tanya dekat mak saya je. Agak2 je letak bahannya. Senang sangat nak buat kuih keria ni. Gatal tangan nak buat sebab teringin nak makan. Hehe.

Bahan-bahan :
Keledek
Sedikit garam
Tepung gandum

Cara-cara :
1. Rebus keledek yang telah dipotong kecil-kecil dengan air dan garam. Rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan lecek sehingga halus.

2. Masukkan tepung sehingga boleh membentuk seperti doh dan tidak melekat di tangan.

3. Bentukkan doh. Kemaskan dan letak di atas dulang yang telah ditaburkan dengan tepung.

4. Sediakan minyak di dalam kuali. Panaskan minyak. Bila dah betul-betul panas baru masukkan doh tadi. Masak sehingga kuning keemasan.

5. Lepas dah siap goreng bolehla sira dengan gula. Letak 1/4 cawan gula + 1/4 cawan air. Agak-agak gula tu dah pekat masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga gula tu terbentuk. Kemudian tutup api. Siap! :)

ENJOY!!

Thursday 28 November 2013

Project from Ramadhan to SPM

Cocktail Pudding
Ni semua projek daripada puasa sehinggalah SPM berjalan. Hehe. Seronok sangat buat apa yang kita suka dan seronok tengok orang yang makan makanan yang kita buat :) Resipi yang lain ni nanti saya update ye. Esok start baking balik. InshaAllah. Rindu sangat rasanya nak pegang mixer. Haha. Mak dah janji nak belikan mixer Kitchen Aid warna ice blue.. Yeayy. Seriously can't wait for it and cake container made from arcylic ^^ Thank you mom. Love you so much..
Alhamdulillah setakat ni feedback yang baik daripada customer yg dah pernah order. Don't forget to like my page. www.facebook.com/BakedbySakinah .Thank you guys..




Red Velvet Cake

Chewy Gooey Mars

Chocolate Cake layered with  Cream Cheese

Red Velvet with Cadbury
 Cream Cheese Frosting

Apam Beras

Bread Pudding

Marie's Chocolate Cake

Pavlova

Kuih Keria
Bread Pudding with Custard Sauce

Chocolate Moist Cake

Recipe 24 : Black Forest Cake





Sponge Cake (Recipe owned by Aunty Azlita Aziz)



Bahan-bahan:

150g tepung superfine
150g gula kastor 
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak masak
*** jika nak buat kek span coklat,tambahkan 40g serbuk koko


Method:

1- Pukul telur + gula + ovalete + tepung yg telah diayak dengan baking powder hingga pekat dan gebu
2- Masukkan air- pukul hingga ringan
3- Masukkan minyak - pukul perlahan atau kaup balik dgn senduk
4- Bakar 45 min @ 180C dlm loyang 8"
5- Bila dah masak terus keluarkan kek dan terlangkupkan 5 minit supaya kek x turun


FILLING

Bluberries filling secukupnya
500 ml Whipping cream
Cherry merah ~ hiasan 
Choc rice ~ hiasan


Method:

Susun selapis kek atas lapik kek
Paipkan whipping cream kemudian paipkan blueberries filling dengan berselang-seli.
Letakkan lapisan yang kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga habis semua lapisan.
Sapukan seluruh permukaan kek dengan whipping cream ~ ratakan
Taburkan choc rice di sekeliling kek
Paipkan blueberries filling di atas dan tengah-tengah permukaan kek

Hiaskan lah kek mengikut kreativiti anda..
Order from Shahira Nabilla.
Thank you dear ;)
She said that this cake taste like secret recipe. Haha. I'm so happy to hear that dear..

Recipe 23 : Chocolate Cake Chef Fazley Yaakob

Assalamualaikum. Alhamdulillah SPM dah habis. Yeayy rasa seronok sangat sebab dh release stress tu. Syukur juga sebab kaki yang operate hari tu dah okay. Haha. So will start baking soon!! Kek ni buat time 12 November. Tengah exam pun menyempat gak nak buat sbb nak join contest tu. Tapi takda rezeki nak menang, nak buat macam mana kan. Apa-apa pun doakan saya dapat result yang cemerlang :)


This is simple choc cake recipe from Chef Fazley (Masterchef Selebriti Malaysia)
Ingridients : 
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula caster


3 sudu besar cocoa powder

3 sudu besar butter
1/3 cawan susu
3 biji telur sahaja
180 celcius 45 minit

Method :
1- Sift flour and cocoa powder.
2- In other bowl beat egg, butter and sugar untill fluffy


3- Add milk then mix well.

4- Put it into the cake pan that have been greased.
5- Bake it for 45 minutes at 180'C