Saturday 28 November 2015

Recipe 32 : Congo Bars

Assalamualaikum.
Harap anda semua sihat dan sentiasa dilindungi-Nya
Berhabuk blog ni, dah lama tak post resepi sebab keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan.
Hari ni nak share satu resepi yg sangat mudah iaitu congo bars @ blondie. Ketinggalan kereta api pulak saya ni. Orang lain dah lama buat. Haha. Let get start.



Resepi Congo Bar
from Afiqah Razak
Bahan-bahan:

310 g tepung kek -
(kalau guna tepung gandum kena tambah 
2 1/2 sudu kecil baking powder)
150 g butter - suhu bilik
250 g gula perang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
1/2 cawan susu segar - saya tambah
Chocolate chips @ choc coin @ choc bar yg dipotong
Kekacang - optional

Cara-cara
- Ayak tepung dan garam, ketepikan.
- Dalam mangkuk lain pukul butter dan gula perang sehingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan putar sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung dan garam yg telah diayak dan kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan chocolate chips atau choc coin dan kekacang dan gaul.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berukuran 10 x 10 inch yg digris dengan butter dan dialas dengan kertas minyak.
- Ratakan permukaan adunan dan taburkan kepingan badam dan choc chip.
- Bakar pada suhu 170' C selama 30 minit atau sehingga masak.