Assalamualaikum. Ada org rindu saya tak? Haha. Gurau2. Dah lama tak kongsi resipi di sini. Maaf sebab sekarang saya sibuk siapkan tempahan, tapi saya akan cuba juga untuk kongsi resipi dengan anda2 sekalian.. :) Alhamdulillah boleh dikatakan ramai juga yg tempah kek. Ni pun orang tempah juga. Hehe saya rasa sikit je. Memang sedap sangat.. Kek ni kalau dekat Secret Recipe memang agak mahal. Kalau buat sendiri boleh 'cut cost' kan? Tak gitu. Hehe. :)
Resepi Kek Span
Bahan-bahan:
150g tepung superfine
150g gula kastor
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak masak
*** jika nak buat kek span coklat,tambahkan 40g serbuk koko
*** jika nak buat kek span pandan,80ml air tadi ditukar kod 80ml jus pandan dan tambah 1sk pes pandan
Cara-cara:
1- Pukul telur + gula + ovalete + tepung yg telah diayak dengan baking powder hingga pekat dan gebu
2- Masukkan air- pukul hingga ringan
3- Masukkan minyak - pukul perlahan atau kaup balik dgn senduk
4- Bakar 45 min @ 180C dlm loyang 8"
Kekacang Karamel
100g kacang pecan
100g kacang walnut
100g gula perang
- masak gula perang dlm periuk hingga cair..jangan hangus
- masukkan kekacang - gaul rata dengan segera
- tuang atas Loyang yg telah dilapik baking paper, ratakan..biar sejuk
- cincang / tumbuk kasar
Sos @ Filling Butterscotch
150g gula perang
350g fresh cream
150g butter
100g white chocolate
- masak gula hingga cair
- masukkan fresh cream, kacau sebati
- masukkan butter + white chocolate, kacau hingga chocolate cair
- sejukkan
White Chocolate Ganache
300g Fresh cream
200g sos butterscotch tadi
- pukul fc hingga kental
- masukkan sos butterscotch - kaup balik @ pukul perlahan
Cara Melapis
- potong kek kpd 3 bahagian
- letak kek pertama atas cakeboard
- sapukan sos butterscotch
- sapukan pula dgn white choc ganache
- taburkan kekacang
- letak kek yg k2
- ulang proses yg same
- letak kek yg k3
- sapu white choc ganache di atas dan keliling kek
- taburkan kekacang di atas dan tepi kek
- curahkan sos butterscotch (sekiranya sos terlalu pekat,tmbhkan dlm 50ml fresh cream,masak semula atas api,dan sejukkan baru curah atas kek)
- sejukkan dlm peti ais
No comments:
Post a Comment