Friday 28 December 2012

Recipe 12 : Chocolate Brownies

 Assalamualaikum.. Hai.. Setelah sekian lama menyepi. Haha. Ye ke? u_u. Hari ni saja buat benda ni sebab nak habiskan susu. Rasanya sedap gak tapi saya lagi suka Super Fudgy Brownies sebab penuh dgn rasa coklat. Yummiehhh. Nak buat ni pun senang je x payah guna mixer.. :) X caya tengok la resepi.
Selamat mencuba..


Chocolate Brownies
Sumber Resipi - Aunty Azlinda

Bahan-bahan A :
1 cawan tepung
3/4 cawan gula icing
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam

Bahan-bahan B :
1 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
Ayak bahan A.
Satukan bahan B.
Masukkan bahan A dalam bahan B
Gaul sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 180'C selama 25-30 minit

Saturday 8 December 2012

Recipe 11 : Durian Gravy

Assalamualaikum.... Sekarang kan musim durian... So saya buatlah kuah durian ni. Hehe. Dah lama mengidam. Bukan selalu dapat makan durian kan.. ;) Senang je nak buat. Ni pertama kali saya buat.




Kuah Durian
Bahan-bahan : 
6 ulas durian
1 cawan santan
1/2 cawan air @ boleh tambah kalau x nak pekat sangat
4 sudu besar gula

Cara-cara :
-Masukkan semua bahan dan kacau hingga mendidih..

Wednesday 28 November 2012

Recipe 10 : Marble Cake




Marble Cake

Ingridients:

250 g butter
250 g castor sugar
230 g flour
1/2 teaspoon of salt
6 eggs-separate egg white and egg yolk.
1 teaspoon of vanilla essence



Method:
-Beat the butter with icing sugar until well combined.
-Then add the egg yolk, and 1 teaspoon of essence vanilla.
-Beat egg white with salt until stiff. Then add the egg white into the butter mixture.
-Beat it. After that add flour and mix until well combined.
-Bake it with 180'C for 45 minutes.



-pukul butter and gula ising sehingga kembang, asing kan kuning telur dan putih telur, masukkan sedikit demi sedikit telur kuning dekat gula aising tadi.


-Dah kembang asingkan, yang telur putih letak garam pukul sampai kental

-Lepas tu campur sekali dengan aising tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit .
-Bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 45 minit

Monday 26 November 2012

Recipe 9 : Pavlova and Super Fudgy Brownies

Assalamualaikum and a very good morning... Petang semalam saya buat pavlova tapi tak lawa sangat rupanya dan kalau yang tak suka manis tu saya sarankan jangan buatlah. Hha. Ayah saya makan banyak jugaklah yang lain makan satu potong je. Malam semalam pulak saya buat Super Fudgy Brownies. Penuh dengan rasa coklat sebab byk guna coklat. Haha. Ada lagi ni haa dalam peti ais.. Ada sesiapa nak ke? :p Kalau dekat takpela. So hari ni ada dua resepilah ye.. Brownies ni teramatlah sedap bagi penggemar kek coklat.. Nak buatnya senang je tak guna mixer pun guna whisk je. Tulah beza antara brownies dgn kek.. Sesiapa nak order pun bolehh.. Heee.. Malas nak salin resepi so ada link je dekat bawah ye.. Thank you readers.. :)


Pavlova



Super Fudgy Brownies
Pavlova recipe is here while Super Fudgy Brownies recipe is here

Super Fudgy Brownies 
Ingridients :
-120 gm unsalted butter
-130 gm flour
-1/2 teaspoon of baking powder
-1/2 teaspoon of salt
-220 gm cooking chocolate
-240 gm granulated/confectioner sugar
-3 eggs
-3/4 cups of chocolate chips
*use high quality chocolate to get better taste

Method :
-Heat the oven with 180'C. Put parchment paper on it and grease with butter
-Sieve flour, cocoa powder, baking powder, salt and chocolate chip. Leave aside and put the chocolate chips in other bowl
-Double boil the cooking chocolate with butter. Make sure that there will no water enter the bowl.
-Add sugar into the chocolate mixture and whisk it until the sugar dissolve. Add egg one by one.
-Add the sieve ingridients and whisk it and add chocolate chips too but don't mix too long.. just until the batter combine.
-put the batter in the cake pans and bake it for 50 minutes with 180'C.

Ada sedikit tips dekat sini kalau buat pavlova.
-Mixer mesti bersih so kene lap dengan tisu ye.
-Jangan aduk terlalu lama sebab nnt dia jadi berair.
-Selepas adunan siap dibakar jangan buka oven biarkan sejuk di dalam oven selama 15 minit kemudian baru boleh dikeluarkan sebab kita tak nak permukaan pavlova tu pecah.


Satu lagi tips untuk pukul whipping cream ni saya dapat daripada Ah Hong Masterchef Malaysia 2 yang sekarang nak merebut takhta juara Masterchef. Doakanlah ye.. Tapi saya lebih minat Nina dengan Izyan. Harap sangat diorang menang. Nantikanlah siapakah Juara Masterchef Malaysia yang Ke-2.. Jeng jeng jeng.. Haha. Okay tetibe promote pulak ye ni haa tipsnya. Whipping tu mesti di simpan di dalam peti ais dahulu kemudian baru boleh digunakan. Lagi isi satu mangkuk yang lebih besar daripada mangkuk mixer kita dengan ais sebab bila nak pukul whipping cream ni suhu tak boleh panas sangat x sesuai katanya .. Tu jelaa tipsnya.

Sunday 25 November 2012

Recipe 8 : Caramel Pudding

Assalamualaikum. Today is a very beautiful day maybe. Thank u for whom that read my blog, i hopu u guys is fine ^_^. Tomorrow i've go shopping for baking a new thing.. Rasa nak mencuba benda baru membuak-buak. I'm so glad that my parents can fulfill it. Thank u. But i will not start it today maybe tomorrow I think. I'm not very sure to make what, so just wait and see..






Puding Karamel 
Bahan-bahan :
-1 tin susu cair
-3 biji telur
-4 sudu besar gula
-1 sudu teh esen vanila
-1 sudu teh serbuk koko @ ikut citarasa

Cara-cara :
-Panaskan pengukus
-Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
-Masukkan susu cair dan esen vanila. Kemudian kacau sebati.
-Bahagikan adunan kepada dua. Satu adunan dibiarkan begitu sahaja dan satu lagi ditambah dengan serbuk koko.
-Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit @ sehingga masak

Simple sangat nak buat ni tak payah guna mixer. Haha. So try lah.

Recipe 7 : Puding Marble



This is my favourite dessert. It is called Marble Pudding. :)
Benda ni kadang2 buat sedap kadang tak sangat. Biasalah tu kann..

Marble Pudding
Resepi : My Mom

Bahan-bahan :
-6 cawan air
-2 cawan gula @ ikut citarasa
-3 sudu besar tepung kastard
-satu paket agar-agar
-2 sudu besar serbuk koko
-1 tin susu cair

Cara-cara :
-Didihkan air dan agar-agar sehingga agar-agar cair
-Masukkan gula, susu cair, tepung kastard dan sedikit esen vanila sehingga gula larut
-Tapis adunan.
-Bahagikan adunan kepada dua. Kastardd:Koko - 2:1
-Masukkan adunan kastard dan tunggu sehingga adunan dah nak mcm keras tp jgn bagi keras. Pastu corakkan dengan adunan koko.
-Simpan dalam peti ais sehingga adunan sejuk






Recipe 6 : Pandan Layered Cake


Pandan Layered Cake

Sumber Resepi : MyResepi.com

Bahan-bahan Kek Sponge:
-5 biji telur
-160 gm gula
-125 g tepung gandum
-1 sudu kecil ovalette
-75 g minyak jagung / mazola
-2 sudu besar susu cair- optional


Cara-cara :

-Pukul telur, gula dan ovalette hingga gebu dan ringan
-Masukkan tepung yang diayak dan baking powder dan susu cair kemudian pukul perlahan
-Masukkan minyak jagung dan pukul perlahan


Bahan-bahan Kastard Pandan :

-1050 g santan @ 950 ml air + 100 ml santan
-225 g gula halus
-10 g serbuk jelly
-1 sudu kecil pes pandan-optional
-100 g tepung hoen kwee hijau @ 85 g
-75 ml jus pandan - 4 daun pandan diblendkan dengan sedikit air


Cara-cara:

-Masak secara double boiler sehingga adunan pekat.
-Biarkan suam baru tuang pada kek.
-Kek dipotong kepadan beberapa bahagian
-Tuang sedikit adunan dalam loyang yg lebih besar dari kek, letakkan kek atasnya
-tuang lagi adunan kastard dan ulang sehingga habis-Ratakan dan simpan di dalam peti ais

Saturday 24 November 2012

Recipe 5 : Cornflakes Madu

Sebelum buat ni semestinya saya pernah rasa benda ni time raya dekat rumah orang. Orang yang paling sedap buat benda ni ialah Mak Teh saya, Firdaus Mukhtar Ahmad. Sedapp sangat. Haha. Kalau saya buat benda ni satu hari pun dah boleh habis. :p Hari ni pun ingat nak buat lagi tapi gula tak ada.. :( Sedih laa sangat kann. :p Saya cuba buat ni tahun lepas kalau tak silap la. Nak buat ni senang sangat. Tapi nak masukkan dalam cup tu yang malas. Haha. Kalau nak senang tak nak bakar pun tidak mengapa tapi lebih sedap kalau dibakar atau kalau nak lebih senang masak dalam kuali macam goreng-goreng gituu.. Senang je kann.. So raya nanti korang tak payah beli jimat sikit k. 

Cornflakes Madu
Sumber Resepi : Firdaus Mukhtar Ahmad

Bahan-bahan :
-14 cawan cornflake
-Satu buku butter @ 250 gm
-1 cawan gula icing @ bergantung pada citarasa
-1/2 cawan madu @ bergantung pada citarasa
means korang boleh letak sikit2 dulu gula dan madu tu.mengikut citarasa korang. : )

Cara-cara :
-Masukkan semua bahan kecuali cornflake dan panaskan atas api yang sederhana sehingga mendidih.
-Masukkan adunan ke dalam cornflake dan gaul sebati.
-Boleh digaul atas api selama 10 minit atau bakar di dalam oven selama 10 minit dengan suhu 180'C
-Sebelum bakar tu letak dalam cup dulu ye.

~Selamat Mencuba~


Recipe 4 - Chocolate Chip Cookies ala-ala Famous Amos


I've tried to make this biscuits for Eidul Adha actually but i try it before Ramadhan if i'm not mistaken .The taste is so delicious and if you want it more sweet you can add sugar in the mixture..



Chocolate Chip Cookies 

Sumber : http://www.sitidelima.com/2012/02/biskut-chocolate-chip-famous-amos.html
Resepi :
Sieved Ingridients / Bahan yang diayak:
-2 1/4 cup of flour / tepung gandum
-3 teaspoon of cocoa powder / serbuk koko
-2 tablespoon of corn flour / tepung jagung
-1/2 teaspoon of soda bicarbonate / soda bikarbonat
-2 tablespoon of milk powder /  susu tepung

Other Ingridients / Bahan lain :
-250 gm butter / mentega - suhu bilik
-150 gm castor sugar / gula kastor
-1/2 teaspoon of vanilla essence /  esen vanila
-1 egg /  telur
-1 cup of chocolate chip / cip coklat
-Nut,raisins,crushed oreo / kacang, kismis atau biskut oreo yang dihancurkan

How to make  / Cara-cara :
1. Beat butter, castor sugar and vanilla essence until fluffy.
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang

2. Add eggs and beat well.
2. Masukkan telur dan pukul rata

3. Add sieved ingridients and mix well with spatula or by your hand.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

4. Add chocolate chip and chopped nut or raisins. Mix well.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

5. Spoon mixture into a greased baking tray lined with butter or parchment paper.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang digris mentega atau dialas dengan kertas minyak.

6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.

7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.

8. Bake at 170'C for 15-25 minutes.
8. Bakar pada suhu 170'C selama 15-25 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.

9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Recipe 3 : Bread Pudding with Custard Sauce


First of all, this is my favourite bread pudding that is made by my mother. I love this so much. I kept on asking my mother to make this for me if i'm not eating this for quite longer. One day on 16 August 2012 me difinitely want to try this after i've look my mother skill to make this. Rasa dah nak sama tapi tak 100 % sama sebab air tangan masing-masing berbeza kan ? Sampai sekarang saya selalu buat puding ni and my family love it too.. Satu kepuasan saya dapat bila diorang makan apa yang saya buat adalah apabila mereka rasa makanan ni sedap, tu jela kott. Haha.




Bread Pudding With Custard Sauce

Puding Roti
Bahan-bahan :

-500 ml susu segar
-3 1/2 sudu besar gula
-2 biji telur - dipukul dahulu
-Roti yang dikoyakkan secukupnya
-1 sudu besar esen vanila
-Laici @ longan tanpa biji - optional
-Kismis-optional


Cara-cara:

-Panaskan oven dengan suhu 180'C 
-Gaul susu, esen vanila dan gula sehingga gula cair
-Masukkan telur yang telah dipukul sebentar
-Gaul sebati kemudian masukkan laici @ longan
-Selepas itu masukkan roti yang telah dikoyakkan sehingga lebihan susu tinggal sedikit sahaja dan gaul.
-Biarkan roti kembang seketika.
-Masukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit @ sehingga masak selama 180'C


Sos Kastard
Bahan-bahan :

-1 tin susu cair
-4 @ 3 1/2 sudu besar tepung kastard
-3 1/2 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara :

-Masak semua bahan atas api yang kecil sehingga adunan menjadi pekat. 


Recipe 2 : Onde - onde @ Buah Melaka

This is requested from my mother. At first i don't want to make it but at last Imake it because I miss to eat this onde-onde too. So yeahhh this is my first time and Alhamdulillah I can make this but I've to make improvement :)



Onde-Onde @ Buah Melaka
Sumber : MyResepi

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
Air daun pandan-2 helai daun pandan + sedikit air-blend kemudian tapis
Sedikit pewarna hijau - optional
Gula melaka / gula kabung secukupnya- dipotong kecil-kecil
Kelapa parut secukupnya
Garam
Air untuk merebus

Cara-cara :
-Didihkan air dalam periuk untuk merebus buah melaka
-Tuang air daun pandan kedalam tepung pulut sehingga adunan menjadi doh.
-Ambil sedikit adunan, leperkan di atas tapak tangan dan letak inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
-Rebus dalam air yang mendidih sehinnga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
-Salut dengan kelapa parut yang telah dikukus dan dicampur dengan sedikit garam





Recipe 1 : Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 
Semoga kita semua sentiasa sihat dan berada dalam rahmat-Nya. InshaAllah.
Ini dia kek yang pertama saya belajar untuk buat dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
 Amboi berlagak pulak. Haha :p The reason why i love to bake is adalah satu hari ni jiran saya,
Cik Azlinda bagi kek coklat. Rasa kek yang dia buat tu sedap sangat.
Jadi saya cuba lah buat kek ini pada 14 Mac 2012 dan daripada situ timbul lah minat mem'baking'.
Tipulah kalau tanpa bantuan sesiapa. Haha saya buat sendiri tapi adalah beberapa soalan yang
saya tanya dekat mak saya. Kawan-kawan, jiran dan saudara ada juga yang merasa kek ni.
Alhamdulillah diorang suka. Orang yang suka sangat minta saya buat kek ini ialah Aliff Aiman.
Rasanya dalam 5 kali dia minta ada juga yang saya bagi FOC. Kan Aliff ? :p Tak taulah
 kenapa dia suka sangat kann. Lepas daripada tu saya try jugak buat kek lain. Nanti saya post ye.
 Stay tuned guys :)


                                                                  First try


                                                         Order from Nur Adila
Sumber Resepi: Azlinda Abd Hamid



Kek Coklat Lembap
Bahan-bahan :
1 1/2 cup of flour / tepung gandum
1 cup of caster sugar / gula kastor
1 cup of cooking oil / minyak
1 cup of cocoa powder / serbuk koko-saya guna Van Hauten
1 can of evaporated milk / tin susu cair
2 whole egg / biji telur
1 1/2 teaspoon soda bicarbonate / sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 teaspoon baking powder/ sudu teh baking powder


Cara-cara:

-Panaskan tempat kukus @ oven
-Ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko
-Pukul telur dan gula hingga kembang
-Masukkan susu cair dan bahan ayak kemudian gaul sebati
-Last sekali masukkan minyak dan gaul sebati
-Kukus atau bakar selama 40-45 minit atau sehingga kek masak dengan suhu 180'C



Chocolate Ganache


Bahan-bahan :
-1/2 cawan serbuk koko-saya guna  Van Hauten
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu besar minyak @ butter


Cara-cara :

-Gaul semua bahan di dalam periuk atas api yang kecil sehingga adunan pekat dan berkilat