Saturday 24 November 2012

Recipe 3 : Bread Pudding with Custard Sauce


First of all, this is my favourite bread pudding that is made by my mother. I love this so much. I kept on asking my mother to make this for me if i'm not eating this for quite longer. One day on 16 August 2012 me difinitely want to try this after i've look my mother skill to make this. Rasa dah nak sama tapi tak 100 % sama sebab air tangan masing-masing berbeza kan ? Sampai sekarang saya selalu buat puding ni and my family love it too.. Satu kepuasan saya dapat bila diorang makan apa yang saya buat adalah apabila mereka rasa makanan ni sedap, tu jela kott. Haha.




Bread Pudding With Custard Sauce

Puding Roti
Bahan-bahan :

-500 ml susu segar
-3 1/2 sudu besar gula
-2 biji telur - dipukul dahulu
-Roti yang dikoyakkan secukupnya
-1 sudu besar esen vanila
-Laici @ longan tanpa biji - optional
-Kismis-optional


Cara-cara:

-Panaskan oven dengan suhu 180'C 
-Gaul susu, esen vanila dan gula sehingga gula cair
-Masukkan telur yang telah dipukul sebentar
-Gaul sebati kemudian masukkan laici @ longan
-Selepas itu masukkan roti yang telah dikoyakkan sehingga lebihan susu tinggal sedikit sahaja dan gaul.
-Biarkan roti kembang seketika.
-Masukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit @ sehingga masak selama 180'C


Sos Kastard
Bahan-bahan :

-1 tin susu cair
-4 @ 3 1/2 sudu besar tepung kastard
-3 1/2 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara :

-Masak semua bahan atas api yang kecil sehingga adunan menjadi pekat. 


No comments:

Post a Comment