Assalamualaikum.. Hai.. Setelah sekian lama menyepi. Haha. Ye ke? u_u. Hari ni saja buat benda ni sebab nak habiskan susu. Rasanya sedap gak tapi saya lagi suka Super Fudgy Brownies sebab penuh dgn rasa coklat. Yummiehhh. Nak buat ni pun senang je x payah guna mixer.. :) X caya tengok la resepi.
Selamat mencuba..
Selamat mencuba..
Chocolate Brownies
Sumber Resipi - Aunty Azlinda
Bahan-bahan A :
1 cawan tepung
3/4 cawan gula icing
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam
Bahan-bahan B :
1 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara :
Ayak bahan A.
Satukan bahan B.
Masukkan bahan A dalam bahan B
Gaul sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 180'C selama 25-30 minit