Friday 29 November 2013

Recipe 25 : Kuih Keria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersua kita kembali hari ini.
Hari jumaat yang penuh dengan berkat. InshaAllah. Sekarang ni kan musim hujan dan antara waktu mustajab berdoa adalah ketika hari hujan. Jadi jom perbanyakkan berdoa :D

Kuih ini dah lama saya buat tapi tak update resipi dekat blog sebab sibuk dengan SPM dan masa tu kaki belum sembuh sepenuhnya tapi tetap juga nak buat kuih, kek and etc. Haha. 

Resipi ni saya tanya dekat mak saya je. Agak2 je letak bahannya. Senang sangat nak buat kuih keria ni. Gatal tangan nak buat sebab teringin nak makan. Hehe.

Bahan-bahan :
Keledek
Sedikit garam
Tepung gandum

Cara-cara :
1. Rebus keledek yang telah dipotong kecil-kecil dengan air dan garam. Rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan lecek sehingga halus.

2. Masukkan tepung sehingga boleh membentuk seperti doh dan tidak melekat di tangan.

3. Bentukkan doh. Kemaskan dan letak di atas dulang yang telah ditaburkan dengan tepung.

4. Sediakan minyak di dalam kuali. Panaskan minyak. Bila dah betul-betul panas baru masukkan doh tadi. Masak sehingga kuning keemasan.

5. Lepas dah siap goreng bolehla sira dengan gula. Letak 1/4 cawan gula + 1/4 cawan air. Agak-agak gula tu dah pekat masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga gula tu terbentuk. Kemudian tutup api. Siap! :)

ENJOY!!

No comments:

Post a Comment