Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Recipe 28 : Apam Beras






Bahan-bahan :
2 cawan nasi

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 st mauripan
kelapa parut + garam

Cara-cara :
Blend nasi + air hingga hancur
Masukkan gula + brown sugar
Blend lg hingga sebati
Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras & mauripan
Kemudian masukkan bhn blend td ke dlm bekas tepung
Gaul sebati
Letak pewarna pilihan
Perap selama 3 jam
Sapukan sedikit minyak pada acuan
Kukus dlm 15 minit kalau guna acuan kecil.

Friday, 29 November 2013

Recipe 25 : Kuih Keria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersua kita kembali hari ini.
Hari jumaat yang penuh dengan berkat. InshaAllah. Sekarang ni kan musim hujan dan antara waktu mustajab berdoa adalah ketika hari hujan. Jadi jom perbanyakkan berdoa :D

Kuih ini dah lama saya buat tapi tak update resipi dekat blog sebab sibuk dengan SPM dan masa tu kaki belum sembuh sepenuhnya tapi tetap juga nak buat kuih, kek and etc. Haha. 

Resipi ni saya tanya dekat mak saya je. Agak2 je letak bahannya. Senang sangat nak buat kuih keria ni. Gatal tangan nak buat sebab teringin nak makan. Hehe.

Bahan-bahan :
Keledek
Sedikit garam
Tepung gandum

Cara-cara :
1. Rebus keledek yang telah dipotong kecil-kecil dengan air dan garam. Rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan lecek sehingga halus.

2. Masukkan tepung sehingga boleh membentuk seperti doh dan tidak melekat di tangan.

3. Bentukkan doh. Kemaskan dan letak di atas dulang yang telah ditaburkan dengan tepung.

4. Sediakan minyak di dalam kuali. Panaskan minyak. Bila dah betul-betul panas baru masukkan doh tadi. Masak sehingga kuning keemasan.

5. Lepas dah siap goreng bolehla sira dengan gula. Letak 1/4 cawan gula + 1/4 cawan air. Agak-agak gula tu dah pekat masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga gula tu terbentuk. Kemudian tutup api. Siap! :)

ENJOY!!

Saturday, 24 November 2012

Recipe 2 : Onde - onde @ Buah Melaka

This is requested from my mother. At first i don't want to make it but at last Imake it because I miss to eat this onde-onde too. So yeahhh this is my first time and Alhamdulillah I can make this but I've to make improvement :)



Onde-Onde @ Buah Melaka
Sumber : MyResepi

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
Air daun pandan-2 helai daun pandan + sedikit air-blend kemudian tapis
Sedikit pewarna hijau - optional
Gula melaka / gula kabung secukupnya- dipotong kecil-kecil
Kelapa parut secukupnya
Garam
Air untuk merebus

Cara-cara :
-Didihkan air dalam periuk untuk merebus buah melaka
-Tuang air daun pandan kedalam tepung pulut sehingga adunan menjadi doh.
-Ambil sedikit adunan, leperkan di atas tapak tangan dan letak inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
-Rebus dalam air yang mendidih sehinnga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
-Salut dengan kelapa parut yang telah dikukus dan dicampur dengan sedikit garam