Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Recipe 29 : Chocolate Lava Cheese Cake




Assalamualaikum. Dah lama menyepi sebab mood malas datang. Haha. It's quite long. Sorry guys.. 
So yesterday I have make this cake. Alhamdulillah i've got the best feedback. It cheers up my day :)
Semalam ingat nak pergi The Sumbs cafe. Teringin nak merasa macaron and kekonut from Chef Fazley tapi takde rezeki lagi. InshaAllah soon. xD. Will got new KA stand mixer next month. Hopefully... So here's the recipe for you guys. Do like my page on FB too www.facebook.com/NSSBakery. Tq guys. Much appreciate it. May Allah Bless all of you.

Kek Coklat
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 tin susu cair
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :
1-Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
2-Masukkan susu cair, tepung gandum serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
3-Pukul sehinga sebati last sekali masukkan minyak dan pukul lagi.
4. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.



Lava Cheese
Bahan-bahan :

250 gm cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
1 @ 2 sudu besar susu segar atau susu cair atau whipping cream

Cara-cara :

1-Pukul cream cheese sehingga kembang.
2-Masukkan susu pekat manis dan susu segar . Pukul sebati.
 



Go to the link below. :)



Tuesday, 3 December 2013

Recipe 27 : Chewy Gooey Mars Bars

Ramai sangat yang dh buat ni dekat instagram.. Mana boleh tak terpikat kan.. Patutlah ramai yg buat. Abg kata mcm snickers, tapi kene modified rasanya nnt.. Hopefully lagi marvellous daripada yang ni.


Sumber Resipi: Youtube


Bahan-bahan : 

3 cawan rice krispies

1/3 cawan butter
5 mars bars*potong kecil2

Cara-cara:
-mula2 cairkan mars bars dgn butter,
-lepas dah cair tutup api then masukkan rice krispies.
-letak dalam bekas, ratakan. 
-atasnya letak dark chocolate compound(200 g) + whip cream(200 g) mcm nk buat choc ganache. Panaskan whip cream sehingga mendidih. Kemudian tutup api, masukkan coklat yg telah dipotong kecil2.

Wednesday, 20 March 2013

Recipe 17 : Chocolate Mousse Brownie

Chocolate Mousse Brownie

Assalamualaikum. :) Hari ni Hari Lahir adik saya yang ke 14. Selamat Hari Lahir. Semoga anda menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin :) Cik Azlinda telah mencabar saya untuk buat kek hari jadi sebab katanya tak aci beli kek kalau dah pandai buat. Jadi saya pun manyahut cabaran Cik Linda. Alhamdulillah sedaplah juga. Birthday boy makan 2 potong hehe. Ada org x suka ada org suka. Biasala tu ikut selera masing-masing kan. Need to practise more :)
My sifu Cik Noor kata ada banyak improvement. Alhamdulillah but still have to practise more :)



Terima kasih kepada Cik Azlita yang sudi berkongsi resepi



Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies 
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

 Chocolate Mousse 
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Penyediaan Brownies.
1-Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
2-Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
3-Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
4-Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190'C selama 12-15 minit.
5-Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Penyediaan Mousse.
1-Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan    masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
2-Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boil' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
3-Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
4-Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
5-Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
6-Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
7-Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

English Version

Ingridients ( 18cm )
Brownies 
45g butter
65g powdered sugar
1 eggs
50g flour
1/2 teaspoon of baking powder
1 tablespoon serbuk koko

 Chocolate Mousse 
140g cooking chocolate
1 tablespoon of gelatin
100ml of water
2 egg whites
200g whipping cream
40g powdered sugar

Penyediaan Brownies.
1-Beat butter and egg until fluffy and white.
2-Add egg. Beat again for 3 to 4 minutes..
3-Sieve flour, baking powder and cocoa powder into mixture 2. Mix well.
4-Add the mixture into the cake pan. Bake at 190'C for 12 to15  minutes.
5-After it is cook well, take it out from the cake pan and let it cool.

Penyediaan Mousse.
1-Add gelatin into a bowl that contain 100 ml of water. Leave it for 5 minutes. Beware!! Don't add gelatin first then water because it can cause the gelatin to lump and don't fully dissolve.
2-Melt the cooking chocolate using double boil method.
3-After the chocolate has melt, turn off the fire and take the bowl that contain chocolate. Add the gelatin mixture. Mix well. Let it cool.
4-Beat the egg white until fluffy or until the mixture does not fall if you invert the bowl). While beating the eggs white add sugar.
5-In the other bowl, beat the whipping cream until fluffy.
6-Add the ingridents  number 1 and number 7 into the number 9. Mix well. Add the mixture into the brownies pan. Let it cool in the refrigerator until it is set.
7-Sprinkle the brownies with cocoa powder.

Moist Chocolate Cake Again

Chocolate Cake again and again. :D Kek ni sangat lembap dah banyak kali try tapi takdela hari2. Haha Kalau hari2 boleh gemuk jawabnya kann.. Sebenarnya ada bestfriend nak order tu yang rajin duk buat ni. Time exam pulak tu dia order u_u. Tapi dia order satu bekas kecil je, yang lain tu saya dengan family yang makan.. Tq again Cik Linda for the recipe. I love this cake.. <3




The recipe is here
Moist Chocolate Cake



Thursday, 21 February 2013

Recipe 15 : Chocolate Muffin


Assalamualaikum semua... Ni projek petang semalam. Teringin punya pasal. Buat jela. Sebelum ni buat muffin tak jadi je. Alhamdulillah kali ni menjadi.. :) Nak buat ni x payah guna mixer hanya guna whisk sahaja. Teksturnya sangat moist , rasa dia macam kek jugakla. Agak senang nak buat ni. Selamat Mencuba ~


Muffin Coklat
Sumber Resepi : Che Ct

Ingridients A /Bahan A : 
2 cups of fresh milk @ evaporated milk / susu segar @ susu cair
1 cup of corn oil / minyak jagung
1 3/4 cups of castor sugar / gula kastor
1 eggs / 1 biji telur

Ingridients B /Bahan B :(sieve/diayak)
250 gm of flour / tepung gandum
50 gm of cocoa powder / serbuk koko
1 teaspoon of baking powder
1 teaspoon of soda bicarbonate
1 tablespoon of chocolate emulco

Method / Cara-cara:
1- Mix Ingredients A and mix well using a whisk.
1-Satukan bahan A dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk.

2-Add ingridients B and mix well, pour into a muffin cups until 3/4 .
2-Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin sehingga 3/4 penuh.

3-Bake at 175'C for 30 minutes or until cooked.
3-Bakar dengan suhu 175'C selama 30 minit atau sehingga masak.


Selamat Mencuba

Friday, 28 December 2012

Recipe 12 : Chocolate Brownies

 Assalamualaikum.. Hai.. Setelah sekian lama menyepi. Haha. Ye ke? u_u. Hari ni saja buat benda ni sebab nak habiskan susu. Rasanya sedap gak tapi saya lagi suka Super Fudgy Brownies sebab penuh dgn rasa coklat. Yummiehhh. Nak buat ni pun senang je x payah guna mixer.. :) X caya tengok la resepi.
Selamat mencuba..


Chocolate Brownies
Sumber Resipi - Aunty Azlinda

Bahan-bahan A :
1 cawan tepung
3/4 cawan gula icing
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam

Bahan-bahan B :
1 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
Ayak bahan A.
Satukan bahan B.
Masukkan bahan A dalam bahan B
Gaul sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 180'C selama 25-30 minit

Saturday, 24 November 2012

Recipe 1 : Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 
Semoga kita semua sentiasa sihat dan berada dalam rahmat-Nya. InshaAllah.
Ini dia kek yang pertama saya belajar untuk buat dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
 Amboi berlagak pulak. Haha :p The reason why i love to bake is adalah satu hari ni jiran saya,
Cik Azlinda bagi kek coklat. Rasa kek yang dia buat tu sedap sangat.
Jadi saya cuba lah buat kek ini pada 14 Mac 2012 dan daripada situ timbul lah minat mem'baking'.
Tipulah kalau tanpa bantuan sesiapa. Haha saya buat sendiri tapi adalah beberapa soalan yang
saya tanya dekat mak saya. Kawan-kawan, jiran dan saudara ada juga yang merasa kek ni.
Alhamdulillah diorang suka. Orang yang suka sangat minta saya buat kek ini ialah Aliff Aiman.
Rasanya dalam 5 kali dia minta ada juga yang saya bagi FOC. Kan Aliff ? :p Tak taulah
 kenapa dia suka sangat kann. Lepas daripada tu saya try jugak buat kek lain. Nanti saya post ye.
 Stay tuned guys :)


                                                                  First try


                                                         Order from Nur Adila
Sumber Resepi: Azlinda Abd Hamid



Kek Coklat Lembap
Bahan-bahan :
1 1/2 cup of flour / tepung gandum
1 cup of caster sugar / gula kastor
1 cup of cooking oil / minyak
1 cup of cocoa powder / serbuk koko-saya guna Van Hauten
1 can of evaporated milk / tin susu cair
2 whole egg / biji telur
1 1/2 teaspoon soda bicarbonate / sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 teaspoon baking powder/ sudu teh baking powder


Cara-cara:

-Panaskan tempat kukus @ oven
-Ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko
-Pukul telur dan gula hingga kembang
-Masukkan susu cair dan bahan ayak kemudian gaul sebati
-Last sekali masukkan minyak dan gaul sebati
-Kukus atau bakar selama 40-45 minit atau sehingga kek masak dengan suhu 180'C



Chocolate Ganache


Bahan-bahan :
-1/2 cawan serbuk koko-saya guna  Van Hauten
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu besar minyak @ butter


Cara-cara :

-Gaul semua bahan di dalam periuk atas api yang kecil sehingga adunan pekat dan berkilat